SKS KKJS
  Pengenalan SKS
 
Laman Web ini adalah khas untuk pelajar SKS .

KOLEJ KOMUNITI JASIN

SIJIL SISTEM KOMPUTER DAN SOKONGAN

SIJIL SISTEM KOMPUTER DAN SOKONGAN

 

Kursus Sistem Komputer dan Sokongan menekankan kepada mempelajari kemahiran asas dalam bidang sistem komputer, rangkaian serta perisian sistem pengoperasian. Pelajar yang mengikuti kursus ini akan dapat memahami konsep-konsep asas sistem ICT semasa dan mempunyai kemahiran untuk membuat diagnosis dan penyenggaraan mudah ke atas sistem komputer dan perkakasan. Pelajar juga diberi kemahiran untuk membuat pemasangan dan rangkaian masa kini dan seterusnya memahami konsep-konsep pembangunan internet.

Skop pembelajaran yang dipelajari merangkumi beberapa aspek pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT seperti :

- Sistem komputer
- Perkakasan
- Perisian Sistem Pengoperasian dan Rangkaian
- Pengoperasian Internet

 

 

PROSPEK KERJAYA

  Peluang pekerjaan para lulusan kursus ini akan tertumpu kepada organisasi yang menggunkan teknologi ICT dalam pengurusan sebagai tenaga sokongan sistem komputer dan rangkaian.  

STRUKTUR KURSUS

  Berikut merupakan senarai modul yang akan dipelajari oleh setiap pelajar yang mengikuti Sijil Sistem Komputer dan Sokongan:

SEMESTER

MODUL

Satu (1)

     Asas Elektrik
     Perkomputeran Pejabat
     Asas Sistem Komputer
     Asas Sistem Berdigit

Dua (2)

     Asas Elektronik
     Senggaraan dan Baikpulih Monitor
     Pemasangan Perkakasan dan

Perisian Komputer
     Asas Rangkaian Komputer

Tiga (3)

     Latihan industri

Empat (4)

     Hamparan Elektronik dan

Pengurusan Rekod
     Diagnosis dan Senggaraan Sistem

Komputer
     Pemasangan Kabel Rangkaian

 

 

:::... Modul-modul di bawah Kursus Sijil Komputer Dan Sokongan ...:::

 

 

..:::[Pemasangan Perkakasan dan Perisian Komputer]:::..

 

--> Menerapkan kemahiran memasang perkakasan dan perisian serta mampu mengesan dan membuang virus bagi sesebuah komputer.

 

 

..:::[Asas Rangkaian Komputer]:::..

 

--> Memberi pengetahuan asas tentang rangkaian komputer kepada pelajar.

--> Pengenalan kepada perkakasan rangkaian komputer.

--> Pendedahan kepada rekabentuk rangkaian menggunakan perisian.

--> Pengenalan konsep pendawaian untuk rangkaian.

--> Membuat pemasangan dan pendawaian dalam rangkaian.

 

 

..:::[Pemasangan Kabel Rangkaian]:::..

 

--> Memperkenalkan pelajar kepada langkah-langkah pemasangan pendawaian rangkaian serta pendawaian berstruktur.

 

--> Membina kemahiran pelajar di dalam membuat pemasangan pendawaian dalam rangkaian.

 

 

..:::[Asas Elektrik dan Elektronik]:::..

 

--> Pendedahan kepada teori asas komponen elektronik dan perkakasan elektrik.

--> Pengenalan kepada teknik pematrian dan nyahpateri.

 

 

..:::[Selenggaraan Komputer]:::..

 

--> Pengenalan kepada perkakasan dalaman komputer

--> Pelajar didedahkan dengan cara pemasangan perkakasan dan perisian.

--> Penyelenggaraan sistem komputer dan diagnosis sistem.

--> Menyelenggara dan membaik pulih komputer.

 
  Today, there have been 1 visitors (1 hits) on this page!  
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free